-:: Makluman ::-


Selamat Datang ke blog rasmi SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog Baru SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA 2015 PERHATIAN Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Jasin Sila muat turun Garis Panduan Bantuan Khas Bantuan Persekolahan 1 Malaysia 2015 dan Borang Maklumat Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia 2015 (Lampiran 1). Mohon kerjasama tuan/puan untuk membawa bahan tersebut semasa taklimat bantuan diadakan pada 8 Januari 2015 di Dewan Seminar PPD Jasin. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran taklimat. (Sumber : Unit HEM PPD Jasin)

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

INFO EMIS (JUMAAT 30 MEI 2014) -PENGHANTARAN CETAKAN PENGESAHAN MAKLUMAT EMIS (DATA 30 MEI 2014) Perhatian semua PT Rintis/Guru Data Daerah Jasin, Tempoh penghantaran cetakan pengesahan data EMIS dilanjutkan sehingga 18 Jun 2014 (Rabu). Pastikan cetakan yang yang dihantar lengkap dan disusun mengikut susunan seperti dimaklumkan di dalam portal sebelum ini. (Sumber : Unit ICT/Maklumat PPD Jasin)

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH Untuk makluman semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Jasin Sebarang permasalahan berkaitan penyelenggaraan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah boleh dilaporkan ke KPM melalui "Support Ticketing System" (STS) di alamat berikut: http://sts.moe.edu.my/. Harap maklum. (Sumber : Unit ICT PPD Jasin)

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU & STAF, RAJIN-RAJINKANLAH DIRI ANDA UNTUK MENYEMAK PETI MASUK EMAIL ANDA SUPAYA ANDA MENDAPAT SEGALA INFO TERKINI SEKOLAH. HARAP MAKLUM.

BORANG P1 -ANALISA KEHADIRAN MURID SEKOLAH BULAN MEI PERHATIAN GPK HEM SILA SERAHKAN BORANG ANALISA PERATUS KEHADIRAN MURID SEKOLAH (BORANG P1) BAGI BULAN MEI 2014 UNTUK TINDAKAN PPDJ SELANJUTNYA. SILA ABAIKAN MESEJ INI SEKIRANYA TELAH BERBUAT (DEMIKIAN. DARIPADA : SAFIE BIN IBRAHIM - PENOLONG PPD JASIN

Monday, 20 April 2015

5 MINIT ANTI DADAH

TARIKH : 20 APRIL 2015
HARI : ISNIN
MASA : PERHIMPUNAN RASMI

Dadah musuh utama negara. SK Serkam Darat dibawah Program Pendidikan Pencegahan Anti Dadah (PPDa) sering melaksanakan pelbagai aktiviti. Kali ini, PPDa SKSD telah menampilkan bakat terabru iaitu adik Farhanah Humairah Bt Saleh dengan pembacaan lancar sebuah cerpen yang bertajuk Akibat Mengambil Dadah.

Pembacaan cerpen (cerita pendek) itu telah menerima pujian banyak pihak kerana kelancaran membaca adik Farhanah. Tahniah. Dengan itu GPK HEM, Pn Noraidah Bt Hamid telah memberikan sedikit cenderahati atas usaha yang ditunjukkan.